Sunday, February 24, 2013

Jahitan Manik Yg Ditempah

Salam... hai semua. Hari ini saya mahu tujukan baju yang saya jahitkan bagi kawan saya. jenis kain yang hantar adalah merah jarang. Walaupun cabarannya agak besar tetapi saya berjaya siapkan dlm masa 3 hari sahaja walaupun tempoh yg diberikan oleh pelanggan agak lama. Pelanggan ini memilih tema hitam merah.


Ini bahagian lengan baju yang dijahit mengunakan manik hitam kilat dan silver. saya cadangkan untuk tidak menjahit penuh di bahagian lengan kerana baju ini amat nipis dan bimbang ia mudah tercarik dengan manik yang tajam bucunya.



Ini gambar penuh yang saya letakkan di atas bantal agar dapat gabungkan coraknya. pelanggan ini memilih untuk membuat manik di bahagian perut. memandangkan pelanggan agak comel orgnya maka saya cadangkan gambarnya melentang ke bawah.


Agar anda dapat ilham dan kepada sesiapa yang ingin menempah atau ada sebarang pertanyaan mengenai manik ini bolehlah emelkan kepada saya di ateh_ku5398@yahoo.com.

Saturday, February 2, 2013

Hasil Tangan yang Pertama (Manik)

Saya masih ingat lagi my sis pernah cakap yg susah seseorg itu hendak buat sesuatu corak manik itu hanya sekadar melihat sahaja, tapi syukur saya dapat hasilkan manik yg cantik. Saya hanya memakan masa selama 4 hari untuk siapkannya.


Ini kiranya hasil tangan penuh saya. kos yang diambil tidak terlalu banyak berbanding upah jahit manik. Dalam kiraan saya hanya: 

upah jahit baju: RM 30
manik + benang: RM 20
Total: RM50.

Murah je kalau nak bandingkan dgn harga yg akan dicaj di kedai atau beli baju siap. Mungkin lebih dari RM 80 atau mencecah RM100 kerana upah jahit sahaja dah capai RM50 di KL atau lebih.


 

Anda boleh komen atau emelkan kepada saya untuk cara membuat manik ini.






Sunday, December 9, 2012

CARA BERJIMAT BAGI PEKERJA GAJI RENDAH




Mula sekali saya ingin menegas bahawa saya hanya lah seorang manusia yang berumur 20 tahun. Tetapi dengan pelbagai cara sudah saya cuba untuk menjimatkan wang salah satunya sentiasa kreatif dalam hidup terutama apabila kita hendakkan sesuatu barang yang remeh. Perkara yang selalu saya buat antaranya:
1-   Tudung

Biasanya kita akan beli tudung yang bermanik atau berlian. Sayangnya apabila tudung yang kita gunakan itu hanya tahan dalam 2-3 tahun. Kebiasaannya bahangian leher tudung jenis bawal akan mudah rosak kerana ‘dimakan’ oleh kerongsang. Antara langkah yang boleh diambil ialah;

        a)  Sediakan bahan-bahannya: tudung yang rosak tetapi masih cantik berliannya, benang yang sama warna dgn tudung, jarum & gunting/penetas.


b)   Tetas belian yang terdapat di tepi tudung yang rosak itu tanpa memutuskan belian tersebut.



c)   Beli tudung bawal yang kosong mengikut pilihan anda semua. Biasanya tudung akan dijual antara RM 9-10 sahaja. Jahit semula belian tersebut ditepi tudung. Seeloknya mengukur terlebih dahulu panjang belian tersebut dengan tudung yang baru dibeli itu agar seimbang antara dua-dua belah.



d)   Untuk mengelakkan tangan anda sakit menekan belian itu bolehlah balut dengan hansaplast.

e)   Maka siaplah tudung yang baru. Bagi yg mahir menjahit mungkin mengambil masa dalam setgh jam sahaja.